Friday, 7 June 2024

Sungai Dara Tanjong Malim Perak

 Kadang kadang kita akan terkenang masa masa lalu kita, aku ni dilahirkan dan dibesarkan dalam kampung nelayan. Jadi kehidupan aku banyak di habiskan dengan laut. Darjah 6 dah mula pergi kelaut menangkap ikan. Sebelum itu aku banyak habiskan masa duduk ditepi pantai menunggu arwah abah dan atuk pulang dari laut.

 

Ditepi pantai la tempat aku healing, ye la kan duduk kampung. Apa hiburan yang ada selain dari tengok TV dan bermain di luar. Dizaman itu bukan mcm skang, tengok TV pun berapa Channel je yang ada. Jadi di tepi pantai la tempat bermain.

 

Tapi skang aku dah duduk di tanjong malim dah hampir 13 tahun. Kat sini memang tak ada pantai la. Mula2 memang pisang la jugak mat. Tapi lama lama bila dah aku explore kawasan ni. Hidden Gems di tanjung malim ni adalah sungai-sungai dia.

 

Antara sungai yang aku selalu lepak dan healing adalah di sungai dara. 





Foto: Gambar dua sungai yang bertemu







(Foto: Memang Syok Berendam Tambahan kalau musim Panas..)






(Foto: Memang cantik Sungai Dia)



Foto: Healing

Lokasi dia sangat berhampiran dengan hutan simpan yang belum diteroka menjadi syurga bagi pencinta alam. Kalau geng hiking, sebelum mereka bergerak ke Gunung Liang, Mereka akan merentasi sungai ini. Di sungai ini jugak UPSI buat Edu Forest untuk kajian kajian tentang hutan.



 

Menurut penduduk tempatan, diceritakan disungai ini ada satu besar yang dinamakan batu masjid. Hal ini kerana batu tersebut berbentuk seperti kubah masjid. Tetapi batu telah pecah dah menyebabkan orang luar seperti aku ni lau mencari memang sudah tak berjumpa kerana bentuknya dah berubah

 

Menurut penduduk tempatan juga, kawasan itu duduk tempat orang dulu membuang saka atau perkara yang tak elok. Tapi alhamdulilah, setakat ini tak ada yang pelik atau mistik yang aku alami. Cumanya kalau sapa nak cari buluh perindu atau pun nak cari cenuai boleh cari dekat situ. Sebab aku memang pernah jumpa. Benda yang paling surprise yang aku pernah nampak dekat situ adalah pelanduk liar. Waktu itu selepas hujan, nampak ada binatang lari melompat lompat. Mula-mula ingatkan anjing sebab warna dia macam coklat2 gelap. Tapi yang cara dia melompat lain sikit. Bila diperhati betol2 rupanya pelanduk. Yela kan, dekat dengan hutan simpan kekal. Tak mustahil ada.


No comments:

Post a Comment