Thursday, 6 June 2024

Seberapa misteri Di Fakulti Muzik UPSI

 



Foto: Komplek Seni Muzik. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Alhamdulilah, sekarang telah hampir 3 tahun aku telah bekerja di fakulti muzik dan seni persembahan upsi. Alhamduliah seronok, fakulti yang tidak pernah sunyi. Sentiasa ada alunan dari pelajar-pelajar yang berlatih bermian alat muzik. Walaupun jam telah menunjukan pukul 12 tgh malam. Masih lagi kedengaran tiupan- tiupan clarinet, trumpet. Gesekan violin dan cello.

 

Walaupun begitu, Fakulti ni  banyak cerita cerita dan kisah kisah misteri yang diceritakan. Lebih kurang macam misteri nusantara juga la.

 

Lokasi nya yang bersebelahan dengan sungai bernam, dimana di seberang sungai tersebut adalah kawasan perkuburan menambahkan lagi alasan bagi orang untuk bercerita tentang cerita cerita misteri disitu.

 

Ada juga yang mengatakan bahawa ada alat muzik tradisional yang boleh berbunyi sendiri apabila waktu. Hal itu ditambahkan lagi dengan fakta bahawa istana negeri perak pernah menghadiahkan set gamelan yang telah lama (mcm barang antik juga la) dan tidak digunakan untuk dijadikan alat bantu pembelajaran. Namun begitu tiada pula aku dengar alat muzik tersebut berbunyi sendiri.

 

Dan alhamdulillah, sepanjang aku berada disini belum pernah berjumpa dengan perkara yang pelik. Even pelajar histeria pun belum pernah berlaku. Walaupun sebelum sebelum itu, banyak diceritakan berlaku.

No comments:

Post a Comment