Monday, 21 April 2025

sebuah beduk tradisional.

 Baru-baru ini, ketika saya beraya di rumah saudara di Klang, saya berpeluang singgah solat di sebuah masjid yang terletak di Bukit Kapar, Selangor — Masjid At-Taqwa.



Apa yang menarik perhatian saya bukan sahaja suasana tenang masjid itu, tetapi satu objek besar yang tergantung di ruang tertentu — sebuah beduk tradisional.

Saya terus tertarik. Jarang saya lihat beduk yang masih digunakan atau sekurang-kurangnya masih disimpan dalam keadaan baik. Beduk ini bukan sahaja besar dan klasik, tapi ia seperti membawa saya sejenak ke masa lalu. Dari situ, saya mula tertanya-tanya — apa sebenarnya sejarah dan fungsi beduk di masjid?



🥁 Apa Itu Beduk?

Beduk ialah sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kayu dan kulit haiwan, selalunya kulit lembu atau kerbau. Ia berbentuk silinder besar dan biasanya digantung secara melintang. Bunyi beduk terhasil apabila dipukul menggunakan pemukul kayu khas.


📜 Sejarah Penggunaan Beduk

Dalam sejarah Islam di rantau Nusantara, khususnya di Indonesia dan Malaysia, beduk digunakan sebagai alat komunikasi masyarakat. Antara kegunaannya:

  • Menandakan waktu solat

  • Menyambut waktu berbuka puasa di bulan Ramadan

  • Mengejutkan untuk sahur

  • Meraih perhatian orang kampung untuk aktiviti masjid

Menariknya, beduk bukan berasal dari Timur Tengah, tetapi merupakan adaptasi budaya tempatan dalam konteks Islam.


🕌 Beduk di Masjid Hari Ini

Dengan teknologi moden seperti azan digital dan sistem pembesar suara, beduk kini tidak lagi digunakan secara meluas. Namun, ia masih kekal di sesetengah masjid — sebagai simbol sejarah dan budaya. Di Masjid At-Taqwa, saya dapat lihat betapa masyarakat di situ menghargai warisan ini.

Khususnya dalam bulan Ramadan, bunyi beduk yang dipalu menjelang waktu berbuka menjadi irama yang membangkitkan nostalgia, menyentuh hati dan kenangan zaman dahulu.


🌙 Simbol Budaya dan Spiritualitas

Beduk bukan sekadar alat bunyi. Ia adalah lambang perpaduan komuniti, seruan rohani, dan warisan Islam yang hidup dalam budaya. Dalam dunia serba moden ini, kehadiran beduk di masjid-masjid seperti Masjid At-Taqwa seolah-olah berbisik: "Jangan lupa akar dan nilai tradisi kita."


Jika anda berpeluang singgah ke masjid lama atau masjid kampung, luangkan masa untuk melihat beduk yang mungkin tergantung di sudut ruang. Ia bukan sekadar kayu dan kulit — ia adalah cerita dan sejarah yang terus berdetak dalam jiwa umat Islam.

Friday, 7 June 2024

Sungai Dara Tanjong Malim Perak

 Kadang kadang kita akan terkenang masa masa lalu kita, aku ni dilahirkan dan dibesarkan dalam kampung nelayan. Jadi kehidupan aku banyak di habiskan dengan laut. Darjah 6 dah mula pergi kelaut menangkap ikan. Sebelum itu aku banyak habiskan masa duduk ditepi pantai menunggu arwah abah dan atuk pulang dari laut.

 

Ditepi pantai la tempat aku healing, ye la kan duduk kampung. Apa hiburan yang ada selain dari tengok TV dan bermain di luar. Dizaman itu bukan mcm skang, tengok TV pun berapa Channel je yang ada. Jadi di tepi pantai la tempat bermain.

 

Tapi skang aku dah duduk di tanjong malim dah hampir 13 tahun. Kat sini memang tak ada pantai la. Mula2 memang pisang la jugak mat. Tapi lama lama bila dah aku explore kawasan ni. Hidden Gems di tanjung malim ni adalah sungai-sungai dia.

 

Antara sungai yang aku selalu lepak dan healing adalah di sungai dara. 





Foto: Gambar dua sungai yang bertemu







(Foto: Memang Syok Berendam Tambahan kalau musim Panas..)






(Foto: Memang cantik Sungai Dia)



Foto: Healing

Lokasi dia sangat berhampiran dengan hutan simpan yang belum diteroka menjadi syurga bagi pencinta alam. Kalau geng hiking, sebelum mereka bergerak ke Gunung Liang, Mereka akan merentasi sungai ini. Di sungai ini jugak UPSI buat Edu Forest untuk kajian kajian tentang hutan.



 

Menurut penduduk tempatan, diceritakan disungai ini ada satu besar yang dinamakan batu masjid. Hal ini kerana batu tersebut berbentuk seperti kubah masjid. Tetapi batu telah pecah dah menyebabkan orang luar seperti aku ni lau mencari memang sudah tak berjumpa kerana bentuknya dah berubah

 

Menurut penduduk tempatan juga, kawasan itu duduk tempat orang dulu membuang saka atau perkara yang tak elok. Tapi alhamdulilah, setakat ini tak ada yang pelik atau mistik yang aku alami. Cumanya kalau sapa nak cari buluh perindu atau pun nak cari cenuai boleh cari dekat situ. Sebab aku memang pernah jumpa. Benda yang paling surprise yang aku pernah nampak dekat situ adalah pelanduk liar. Waktu itu selepas hujan, nampak ada binatang lari melompat lompat. Mula-mula ingatkan anjing sebab warna dia macam coklat2 gelap. Tapi yang cara dia melompat lain sikit. Bila diperhati betol2 rupanya pelanduk. Yela kan, dekat dengan hutan simpan kekal. Tak mustahil ada.


Thursday, 6 June 2024

Seberapa misteri Di Fakulti Muzik UPSI

 



Foto: Komplek Seni Muzik. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Alhamdulilah, sekarang telah hampir 3 tahun aku telah bekerja di fakulti muzik dan seni persembahan upsi. Alhamduliah seronok, fakulti yang tidak pernah sunyi. Sentiasa ada alunan dari pelajar-pelajar yang berlatih bermian alat muzik. Walaupun jam telah menunjukan pukul 12 tgh malam. Masih lagi kedengaran tiupan- tiupan clarinet, trumpet. Gesekan violin dan cello.

 

Walaupun begitu, Fakulti ni  banyak cerita cerita dan kisah kisah misteri yang diceritakan. Lebih kurang macam misteri nusantara juga la.

 

Lokasi nya yang bersebelahan dengan sungai bernam, dimana di seberang sungai tersebut adalah kawasan perkuburan menambahkan lagi alasan bagi orang untuk bercerita tentang cerita cerita misteri disitu.

 

Ada juga yang mengatakan bahawa ada alat muzik tradisional yang boleh berbunyi sendiri apabila waktu. Hal itu ditambahkan lagi dengan fakta bahawa istana negeri perak pernah menghadiahkan set gamelan yang telah lama (mcm barang antik juga la) dan tidak digunakan untuk dijadikan alat bantu pembelajaran. Namun begitu tiada pula aku dengar alat muzik tersebut berbunyi sendiri.

 

Dan alhamdulillah, sepanjang aku berada disini belum pernah berjumpa dengan perkara yang pelik. Even pelajar histeria pun belum pernah berlaku. Walaupun sebelum sebelum itu, banyak diceritakan berlaku.

Thursday, 12 August 2021

DAKU KEMBALI...2021

Hari ini 12 ogos 2021, aku tergerak hati untuk membuka blog yang telah lama aku tinggalkan.

Sesungguhnya aku bukan lah seorang yang pandai bermain dengan penulisan. Maka blog ini telah aku tinggalkan sekian lama.

Namun begitu hari ini aku tergerak hendak menulis sesuatu disini. Setelah lebih setahun negara dilanda pandemik. Aku sudah lama tidak balik nenasi. Aku berdoa akan diberikan peluang untuk balik. Semoga covid ini akan berakhir. Marilah sama2 kita doakan. amin

Monday, 23 February 2015

ALOR KOTE






Asalamualaikum wbt

salam sejahtera, Pada minggu lepas kawan ada kerja dekat kuantan sabtu ahad. Pas kerja tu kawan cuti balik kampung. seminggu cuti sambung dengan cuti raya cina. Terasa sunyi jugak balik kampung. Rodong-rodong seme doh byk doh kawin. jadi cuti pun susoh la nak lepak lepak.. kawan pun round2 la musing kampung. snap 2 3 keping gambo. banjir track lepas pahang kan teruk. kawan pun musing la ale ke Alor Kote. seperti dalam bo dekat atas tu la. masih ada lagi air banjir sikit sikit. Alor tu maksudnya macam kawasan yang selalu banjir la. Dulu kawasan Alor ni la menjadi port budok2 mandi. balik sekoloh je. pas makan nasi . pegi mandi alor. Alor kote ni merupakan Alor terbesar la dekat Kampung ni. tapi tak tau la kenapa tempat ni dipanggil Alor Kote. Kawan pun tak kaji. Cuma kawasan ni dah tak macam dlu. Budak2 dlu permainan dia lain tak macam budak sekarang. budok skang main game. angry bird, clash of clan. tapi budok dlu2 permainan dia memancing, main rakit time banjir, mandi alor. dunia sekarang tak seperti dahulu. zaman sudah berubah

Thursday, 5 June 2014

ko ko ko ko soghe..ketum tokwe demo tebe






kawan nak kabo koyat tu tak ada la... tapi kawan tak penah tgk pokok ketum...jadi kawan dok pengambor la dengan pokok ni. tuan umah ni buat ubat kuat sbnarnya..dia offer ke kawan..kawan tak lalu la nak minum kang pening menyusoh jek..jenuh nak ke spital plak kang. kawan pun pelik jugak ..polis tak kacau ke lau tanam bnyak macam ni..hehe

Monday, 26 May 2014

Kelauk Kelauk Kelauk



Hujung minggu ni kawan balik...tunggguuuuuuuuu...................