Semoga Allah Memudahkan Segala Urusan
Thursday, 20 March 2014
APAKAH BINATANG YANG TINGGAL DIBAWAH TIMBUNAN TANAH INI
Mungkin Ramai diantara kita yang selalu melihat timbunan tanah seperti ini. Selalunya timbunan seperti ini dapat dijumpai di kawasan paya bakau atau kawasan hutan nipah. Orang tua tua panggil benda ni Terumbu Ketam. Maksudnya ini merupakan rumah ketam tapi ada jugak yang kata makhluk yang tinggal didalam Timbunan Tanah seperti ini adalah sejenis Udang. Kebenarannya Wallahualam. tidak la pulak aku nak mengoreknya
Monday, 10 March 2014
SATU GAMBAR SERIBU PENAFSIRAN
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Baginda sallallahu 'alayhi wa sallam pada suatu ketika, melintasi Saad ibn Abi Waqqas RA yang sedang berwudhu dengan menggunakan air yang banyak. Lalu baginda bertanya, “Mengapakah dengan pembaziran ini?” Saad bertanya kepada baginda: Apakah di dalam soal berwudhu’ pun dikira pembaziran? Baginda SAW menjawab, “Ya, (membazir tetap membazir), walaupun kamu berada di sungai yang mengalir.” [Hadith Riwayat Ibn Majah]
Jadi aku pun memilih jalan cerita aku sendri untuk mengedit gambar ini:
selamat membaca sekian :-)
Sunday, 9 March 2014
LUBUK PETAI
Lubuk Petai
Kali pertama aku masuk kesini masa dengan geng-geng Pembantu Peperiksaan Sambilan.Masa tu aku tengah boring duduk dekat rumah jadi aku jalan2 lama dekat teratak riverview... kebetulan aku terjumpa dengan diorg tengah buat BBQ...So, dgn muka tak malunya aku join la diaorg (tapi aku bayar la bukan makan free)..ada sorang PPS tu ajak mandi dekat lubuk ni...ok la dalam la jugak airnya...sejuk bangat...so sabtu ahad baru ni oleh kerana tak ada kerja..aku masuk la kesini...bawa kemera.snap 2 3 picture memenuhkan hobi...
Subscribe to:
Posts (Atom)